"Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan itu dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya," kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.
Beliau berkata demikian susulan insiden pecah masuk di premis Mydin Mart Sri Muda, Shah Alam semalam.
"Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencaana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan waabak pandemiik C0vid-19.
"Cawangan Mydin Mart Sri Muda, Shah Alam, turut mvsnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.
"Saya turut ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart terbabit yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.
"Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuuri itu, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
"Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah agar mereka semua terselamat dan bencaana banjir serta pandemiik ini sedia pulih seperti biasa," katanya.
Mengenai kerugian dialami Mydin Mart Sri Muda, beliau berkata, dari segi bencana banjir saja dianggarkan sebanyak RM2 juta.
"Bagi kerugian akibat kecurian pula dianggarkan RM200,000 ke RM300,000 dan antara barangan yang banyak dicuuri membabitkan produk elektrik, jam dan pelbagai lagi," katanya.
Semalam tular di media sosial video kejadian pecah masuk di beberapa kedai di Taman Sri Muda, Sesyen 25, Shah Alam.
Kejadian dipercayai berlaku antara 1 tengah hari hingga 2 petang dan antara kedai yang dipecah masuk adalah Mydin Mart, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.
Sumber : Harian Metro
0 Comments