Polis sudah membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di di Genting Highlands yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada 10.30 malam tadi yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu di sebuah villa di Genting Highlands.
Menurutnya, hasil siasatan pihak polis, majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu.
"Menerusi video itu, terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
"Keadaan itu dilihat meIanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zaiham berkata, justeru, pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu.
"Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyaakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.
"Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiiden ini serta menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya.
Sumber : Harian Metro
0 Comments