Ticker

6/recent/ticker-posts

Tegur rakan tonton video Iucah punca kejadian buIi, kata Ketua Polis Perak

 


Siasatan polis mendapati punca kejadian buli di sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, baru-baru ini, akibat tindakan mangsa menasihati seorang daripada remaja tersebut untuk berhenti menonton video tidak bermoral itu.


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia hasil siasatan dan keterangan yang diperolehi daripada mngsa buIi berkenaan.


"Kita sudah menemubual mngsa dan mendapati punca pergad0han atau mengapa dibuIi kerana mngsa dikatakan menasihati salah seorang remaja tersebut supaya jangan menonton video Iucah melalui telefon bimbit.


"Mngsa mengatakan kalau tidak berhenti menonton video Iucah dia akan mengadu dengan guru atau warden.



"Jadi, ia dikatakan menjadi punca mereka bertindak untuk memuk0I atau membuIi mngsa," katanya sebagai mengulas perkembangan terkini berhubung insiiden buIi di MRSM Kuala Kangsar di sini hari ini.


Mior Faridalathrash berkata, keadaan itu membuat enam suuspek bengang dan terdapat seorang pelajar Tingkatan 3 yang mengarahkan enam orang yang lain untuk memukvI mngsa.


"Pelajar Tingkatan 3 berusia 15 tahun iaitu salah seorang svspek yang ditahan mengarahkan enam suspek untuk menumb0k dan juga menndang mngsa," katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kontinjen Perak Tahun 2021 di sini, hari ini.


Beliau berkata, dimaklumkan bahawa pada 10 Disember kesemua pelajar pulang ke kediaman masing-masing kerana cuti semester iaitu sehari sebelum insiiden buIi terbabit.


Menurutnya, setakat ini pihaknya sudah merakam percakapan saksi ekoran daripada video yang tular di Twitter dan Facebook.



"Setakat ini polis sudah membuat tangkapan seramai 10 individu yang dikatakan terbabit dengan insiden terbabit termasuk rakan-rakan yang bersubahat dalam insiiden.


"Seramai lapan saksi dipanggil dan diambil keterangan, kemudian kesemua remaja lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai rakam percakapan.


"Dalam kes ini ini juga kita merampas 11 telefon bimbit yang akan kita hantar ke forensik untuk melihat kandungan di dalamnya," katanya.


Beliau berkata, pihaknya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebaik selepas semua siasatan selesai.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments