Baru-baru ini, pelakon popular Fizo Omar ada berkongsikan beberapa momen di laman sosialnya memaparkan dia, isterinya dan anak, Wan Maryam bercuti. Namun ada sekeping gambar yang memaparkan anaknya itu kelihatan seorang diri telah menarik perhatian Mawar. Netizen mendakwa Mawar Karim seolah-olah masih belum move on.
"Selalu nampak anak dengan Fizo ja. Gambar dengan Mawar tak pernah up pun. Bila masa Mawar ada dengan anak?" komen netizen.
Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Ujarnya lagi, dia pernah dinasihati untuk tidak selalu berkongsi foto Maryam kerana gusar ada pihak yang iri hati.
"Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan ke bapanya. Saya bukan la seorang yang setiap lima minit buat live letak Maryam, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam.
"Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, hari-hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.
"Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad.
"Jadi saya pegang kata-kata tu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG officials atas nama Mawar Karim bukan Maryam," jelasnya.
Terdahulu, tindakan Mawar memuat naik dua perkongsian di InstaStory seolah-olah menyifatkan percutian anaknya bersama bekas suami di LEGOLAND Malaysia, Johor, tidak seindah yang disangka.
Mawar mendakwa menerima foto Maryam seorang diri di taman tema itu daripada individu yang dirahsiakan identitinya.
Katanya, dia memandang serius dengan kejadian itu terutamanya selepas mendengar sendiri daripada mulut Maryam.
"Satu lagi, ada hamba Allah hantar gambar dekat saya. Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak.
"Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang di situ mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, 'mummy, Maryam merajuk sikit'.
0 Comments