Kepada ibu bapa atau penjaga yang ada anak-anak atau jagaan yang bakal masuk darjah 1 pada tahun hadapan, diharapkan agar jangan lupa mendaftar sekolah online melalui portal KPM secara atas talian bermula 1 Mac 2022 ini ya!
Syarat Pendaftaran
Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.
Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2024 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:
Secara atas talian (online) melalui portal – https://public.moe.gov.my/
Secara manual – pendaftaran di sekolah.
Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Online
Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 secara online melalui laman web SPS KPM boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.
Pendaftaran manual perlu dirujuk pada pihak sekolah.
Jika anda telah mendaftar, sila buat semakan permohonan dan pengesahan penempatan mengikut langkah berikut: Semakan Penempatan Tahun 1 & Tarikh Pendaftaran Sesi 2022/2023 KPM
Untuk makluman, sesi persekolahan bagi tahun 2022 / 2023 akan bermula pada 21 Mac 2022.
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Online
KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.
Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
Layari laman web https://public.moe.gov.my/
Tekan butang Pengguna Baru
Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar
Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)
Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1
Setelah itu, pilih Permohonan Baharu
Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
Sila isikan:
Maklumat murid
Maklumat kesihatan
Maklumat penjaga
Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
Status permohonan murid akan dipaparkan.
Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
*Rujuk langkah bergambar di bawah:
PROSES 1 – DAFTAR PENGGUNA SPATKPM
0 Comments