Pelakon, Jasmine Suraya mengakui 'takut' saat pertama kali menonton babak ranjang dalam episod pertama drama bersiri Villa Kristal yang bakal ditayangkan di platform digital WeTV.
Jasmine ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama itu berkata, dia memberikan komitmen penuh bagi menjayakan watak sebagai Angel.
"Bila saya tengok rasa macam, takutnya. Saya pun macam tak percaya saya lakonkan babak 'panas' itu.
"Babak itu mungkin agak 'cringe' bagi sesetengah penonton wanita, tapi saya memang berikan komitmen penuh dalam lakonan saya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Jasmine, babak itu juga dijayakan dengan bantuan trik kamera.
"Sebenarnya, tak ada pun sentuhan yang meIampau antara saya dengan pelakon lelaki iaitu Alvin Wong sebagai Robin. Pengarah menggunakan trik kamera yang mencari sudut sesuai dengan babak.
"Apabila disunting untuk tayangan, penonton nampak seperti ia adalah babak memaparkan keintiman Angle dan Robin," katanya.
Selain Jasmine, drama itu juga turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Mawar Rashid, Tiz Zaqyah dan ramai lagi.
Villa Kristal mengisahkan mengenai sekumpulan wanita elit yang memiliki rahsia masing-masing dan menjalani kehidupan penuh misteri serta skandaI.
Drama Villa Kristal diarahkan dua pengarah iaitu Kabir Bhatia dan Jason Chong.
Sumber : Harian Metro
0 Comments