"Saya memang tak boleh duduk seorang, sampaikan nak tidur pun tak boleh, timbul perasaan takut dan rasa tak selesa... pernah kejadian saya seorang diri, dalam pukul 8 pagi barulah saya dapat tidur.
"Bukan sebab takut hantu tapi memang tak boleh nak tidur kalau seorang diri. Jadi saya bawa kawan baik atau pembantu peribadi untuk temankan saya tidur dan menemani saya ke mana sahaja.
"Bukan itu sahaja, kalau ramai orang sangat pun saya jadi nervous! Mungkin ada yang bagi idea untuk saya cari teman hidup dengan berkahwin, tapi rasanya buat masa ini saya nak bina nama dalam industri, mahu balas jasa keluarga dulu baru kahwin," katanya kepada mStar.
Scha ditemui semasa sidang media program realiti terbaharu terbitan TV3, Master In The House Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Pada Oktober lalu, Scha mendedahkan mendedahkan dia menghidap skiz0frenia iaitu masalah kesihatan berkaitan mental dan kebimbangan meIampau (anxiiety).
Kata Scha, dia sudah lama mengalami masalah itu, namun keadaan menjadi semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sebenarnya saya dah lama menghidap anxiiety, sejak sekolah menengah lagi cuma saya tak kongsi dengan orang ramai.
"Paling teruk penyakit ini menyerang semasa PKP dulu, sampaikan saya masuk hospital selama dua hari. Sejak itu saya mula sedar kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dan sebab itulah saya terbuka bercerita supaya mereka yang menderiita berpeluang untuk berkongsi tentang penyaakit ini.
"Saya masih lagi berjumpa doktor sebulan sekali untuk pemantauan dan keadaan semakin baik. Syukur saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat... mereka ini memberikan kekuatan untuk saya melawan penyaakit ini," ujarnya.
Sumber : mStar Online
0 Comments