Ticker

6/recent/ticker-posts

Suami Sesak Nafas Semasa Tidur Dan Disahkan MeninggaI Dunia, Coretan Wanita Ini Buatkan Netizen Menitiskan Air Mata

 


Baru-baru ini viral satu posting di laman sosial yang telah ditulis oleh seorang wanita cekal yang berkongsikan dugaan dan coretan hatinya selepas kehilangan insan tersayang. 


Wanita itu yang dikenali sebagai Riko Minoru di laman sosial telah menceritakan, sepanjang tempoh perkahwinan mereka, pelbagai dugaan seperti keguguran bayi dan terpaksa tinggal berjauhan merupakan detik paling sukar untuk diterima. Lebih menyedihkan, suami yang dicintai meninggal di sisi ketika tidur.


Keguguran di awal usia perkahwinan


Al-Fatihah. Datangnya arwah buat kali pertama tahun 2009 memperkenalkan diri sehinggalah sik lama ya pintu hatiku terdetik buat pertama kalinya kepada kaum Adam sehingga aku tahu rasa bercinta. Ya Allah, indahnya masa tu. Arwahlah cinta pertama aku selepas rasul dan ahli keluarga dan dia jugalah lelaki pertama yang berani nak melamar aku jadi isteri. Lalu 05/12/2015 berlangsungnya akad nikah kami di Kuching dan terus bersanding (Kuching & Saratok). Rami yang datang memeriahkan majlis. Seronok gilak2 bersanding bersebelahan dengan abg. Cinta pertama ayg. Lelaki yang telah digelar suami. Abang.. abang.. rindunya ayg masa ya.. macam nak diulang balit jak masa..


Dalam usia perkahwinan kami yang baru, Allah uji kami di mana aku keguguran pada tahun 2017 dalam usia kandungan yang masih baru, tapi kami redha Ya Allah dan terima hakikat masa ya. ‘Kelak kita cuba lagi k yang. Jgn pkey glak. Abg ada.’, Kata2 tok la yang memberi aku kekuatan masa ya sebab arwah sentiasa berada di sisi berik kata-kata semangat. Segala urusan semuanya menjadi mudah bila abg selalu pesan ayg n sokong apa yg ayg polah lamak tok.



Cuma, masa tu sayang baru seda, abang. Sejak kita kenal, kita sentiasa diuji menjadi pasangan jarak jauh rupanya. Berusaha untuk bekerja di satu tempat, tapi ada jak halangan antara kita duak. Mungkin ya lah petunjuk Allah swt untuk ayg. Bersedia untuk kekal ‘berjauhan’ dengan abg. Beratnya dugaan. Menangis dan terus menangis.. Rindu? Nang satu kemestian.


Tengah nazak dalam tidur


1 September 2019 tepat jam 03:35 pagi, engkau uji aku dengan satu bebanan yang tidak terhingga tanggungnya sehingga aku rasa semua tok hanyalah satu mimpi dan bila aku sedar daripada tidur, arwah masih senyum melihatku, belaiku dan pelukku seperti biasa. Namun, semuanya hanyalah bayangan semata-mata. Aku langsung sik ada kuasa nak melawan waktu. Hanya Engkau Yang Maha Kuasa. Buka saja mata terkejut dengar arwah tengah nazak dalam tidur rupanya disisi. Mula aku fikir sesak nafas. Tapi yalah sebenarnya 3 hembusan nafas terakhir sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugas untuk menarik nyawanya. Ya Allah, sungguh aku tidak kuat masa tok. Bergegar seluruh tubuh. Di goncang beberapa kali tubuh, namun langsung tiada reaksi daripada arwah. Syukur otak masih dapat berifikir. Tunggah kesemua ahli keluarga then hantar arwah terus ke emergency Hospital Saratok.


Mulai 03:50 pagi, bantuan CPR dipolah beberapa kali. Aku ulang alit keluar masuk dari pintu emergency mengharapkan ada keajaiban berlaku. 15 minit selepas ya, dengar perbualan bersama dengan salah seorang petugas, memaklumkan nadi sudah ada tapi respon belum ada. Usaha ditingkatkan lagik. Dalam masa tok, kmk sekoga terus rasa lega tapi doa tidak pernah putus di bibir supaya arwah kembali memberi respon. Kakak dan abang ipar masih teruskan dengan bacaan yasin. Dengan perasaan sedikit lega tadi, aku terus ke tandas dan terus ambik kesempatan untuk berwudhuk.


Balit jak dari tandas menuju ke pintu emergency, terus nampak bapak mertua tengah bercakap dengan doktor. Aku pun terus melajukan langkah mengharapkan berita baik untuk didengar. Excited abis masa tok. Dalam kepala, dah imagine abang mula beri respon and senyum. Lebih 30 minit dah bantuan diberik untuk abg. Tapi, lain yang dijangka. “Sebelum tu, saya nak beritahu awak sesuatu. Dia tiada lagi.” Ayat kedua yang keluar daripada seorang doktor selepas tengok kondisi arwah sebelum di hantar ke emergency. Ya pun doktor potong ayat aku sebelum habis ku nak explain. Wajah abg dalam bayangan. Ya Allah, ujian apa yang engkau berikan. Belum sampai sehari aku luangkan masa dengan arwah selepas berminggu-minggu sik jumpa, engkau dah tariknya dari aku.


Hilangnya insan yang dihormati dan disayangi



Masuk dalam emergency, lihat tubuh abang dah diselimut dengan kain putih. Fikiran aku hanya teringatkan semua yang berlaku tok hanya mimpi jak. Aku cuba kejutkan abang dari ‘tidur’. Sebab abang dah janji nak jalan sama-sama. Benar, ya lah perasaan dan keadaan bila orang yang paling kita sayang tak ada lagi di dunia bersama dengan kita buat selama-lamanya. Memang boleh jadi gila sebenarnya. Dan aku hampir-hampir nak ke arah ya. Nauzubillah min zalik.


Abang memang dah ‘pergi’ jauh daripada sayang. Abang pergi dengan satu pesanan. Abang pergi dengan satu pelukan terakhir untuk ayg malam ya. Banggg.. ayg rindu abang gilak2.. Ya Allah, kenak aku dipilih dalam ujian seberat tok.. Bantu aku Ya Allah!! Bang, kinek tok, abg sik ada lagi di sisi untuk ayg. Ya Allah, Abang sentiasa berpesan dengan sayang supaya sentiasa jaga diri. Sentiasa hati-hati dalam apa jua urusan. InsyaAllah abang, sayang akan sentiasa ingat semua pesanan abang.

 

Syukur pada Allah swt, aku mula sedar sikit demi sikit, hilangnya seorang insan yang aku hormati dan paling disayangi, tapi Allah swt kurniakan aku dengan berpuluh-puluh dan beratus-ratus insan lain yang sentiasa berada disamping kami sekeluarga bermula dari hari pertama hingga sekarang. Ktk org sentiasa berik nasihat dan sokongan. Sik putus-putus. Alhamdulillah.. Allah kurniakan aku sebuah keluarga dan keluarga arwah yang sangat penyayang juak. Mereka banyak tolong aku. Iman aku tak sekuat yang aku jangka selama ni. Tapi aku sentiasa mohon dan berdoa, agar aku sentiasa diberikan kekuatan dan keimanan untuk menghadap semua dugaan.


Yang hidup pasti akan maati. Sayang akan menyusul kemudian abang. Sayang akan pegang semua amanat abang sementara masih di dunia ini. Aku yakin padaMu, Ya Allah, aku yakin pada rancanganMu, sesungguhnya engkau yang Maha Kuasa dan yang Maha Mengetahui semuanya.


Sumber: Riko Minoru Nama Kami

Post a Comment

0 Comments