Ticker

6/recent/ticker-posts

Anti vaksin boleh 'unfollow' dan block saya, kata Uyaina Arshad

 


Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 30, memohon golongan anti vaksin yang tidak bersetuju dengan pendapat peribadinya mengenai pengambil vaksin supaya tidak mengikuti (unfollow) dan menyekat akaun media sosialnya.

Uyaina berkata, dia perlu bersuara berhubung perkara itu kerana komen diterimanya sudah bersifat serangan peribadi yang keterlaluan.

"Saya kerap abaikan banyak komen negatif dalam hidup saya. Hal itu satu kebahagiaan. Apabila ia sekadar seraangan peribadi terhadap saya, tak apa saya boleh abaikan tapi tidak kali ini.


"Kalau apa yang saya tulis menyinggung anda, tak sehaluan dengan pemikiran anda, anda tak suka, anda nak menang, nak paksa ikut pendapat anda, 'unfollow' dan 'block' saya. Terima kasih," katanya.


Pelakon drama Love Elsa itu terkilan dirinya pula disalahkan kerana menegaskan kepentingan pengambilan vaksin selepas memaklumkan dia positif Covid-19, semalam.


"Saya dan suami masih lagi dalam fasa pemulihan, ramai lagi ahli keluarga yang dijangkiti. Berapa ramai lagi yang sedang bertaarung dengan C0vid-19?


"Berapa ramai yang kehilangan insan tersayang sebab C0vid-19? Jangankan doa untuk cepat sembuh, salahkan kita pula sebab ambil vaksin? Kamu biar betul?" katanya.


Uyaina turut menyarankan golongan yang bercanggah pendapat dengannya supaya tidak terlalu angkuh dan berlagak mengutarakan ilmu mengenai vaksin jika bukan pakar.


"Anda tak nak vaksin, terpulang. Tapi jangan berlagak dan berlagak Tuhan. Ilmu pun tak setara mana, jangan nak mendabik dada.



"Islam ajar kita untuk cari ikhtiar dalam apa-apa hal sekalipun. Pakar dalam setiap bidang belajar bertahun-tahun lamanya mengkaji dan menyelidik," katanya.


Semalam, Uyaina memaklumkan dia dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif C0vid-19 selain mengalami tekanan daarah rendah, sejak Selasa lalu.


Suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran, 29, turut dijangkiiti viirus itu tetapi cuma menjalani kuarantin di rumah.


Menerusi kenyataannya, kesakltan dialaminya menyebabkan dia perlu merangkak pergi tandas, badan terasa seperti dipukvI, tekak rasa 'dilenyek', sukar bernafas dan demaam menggigil.


Uyaina berkata, dia tidak dapat membayangkan keadaan orang yang tak ambil vaksin langsung dan anti vaksin serta bagaimana bermasalah tubuh badan mereka.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments