Seperti yang diwar-warkan di dada-dada akhbar dan media sosial, keputusan mahkamah membabitkan kes saman antara Ali Puteh dan Nor Hidayah akan mendapat keputusan pada hari jumaat. Kemelut yang memakan masa hampir dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.
Sehubungan itu Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.
Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.
"Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.
"Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.
"Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya," katanya kepada mStar.
Menjenguk di ruangan komen Nor Hidayah, rata-rata netizen memanjatkan ucapan tahniah dan alhamdulillah diatas keputusan mahkamah tersebut.
Sumber : mStar Online
0 Comments