Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia nak RM50, pakcik suruh bagi RM10, kata Salmiah

 


"Walaupun dia (anak) buat pada kami, baik buruk...dia tetap anak mak cik," kata Salmiah Man, 66, isteri kepada warga emas yang dipukvI dan diteendang anak tirinya semalam.


Menurutnya, dia dan suaminya berharap anaknya itu dihuukum penjaara serta mendapatkan rawatan kerana perbuatannya boleh mengancam nyawa mereka.


Dalam kejadian itu, suaminya, Nordin Ahmad, 72, cedeera di telinga dan tangan kiri selepas dipukvI serta diteendang anak tirinya berusia 29 tahun kerana tidak memberikan wang untuk membeli daadah.


Kejadian berlaku pada 8.30 pagi di pekarangan rumah mereka di Kampung Ruat di sini, sebelum rakaman video kejadian itu tular di Facebook (FB).


Berikutan itu, lelaki yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) pesaklt mentaI ditaahan polis pada 6.45 petang di Kampung Lubuk Iboi di sini selepas bapa tirinya membuat laporan polis.



Salmiah ketika ditemui hari ini berkata, anak kedua dari tiga beradik itu sudah lama terbabit dalam penaglhan daadah kerana terpengaruh dengan rakannya.


Menurutnya, sebelum ini mereka pernah melaporkan kepada Agensi Anti Daadah Kebangsaan (AADK) mengenai pembabitan anaknya itu kerana bimbangkan keselamatan mereka kerana anak lelakinya kerap mengamok jika tidak diberi wang untuk membeli daadah.


"Dia selalu balik sini... mak cik bagi dia makan dan selalu dia mintak duit. Kadang-kadang sampai RM50 tetapi semalam pak cik minta bagi RM10 sahaja sebab nak berjimat menyebabkannya terus berang dan mengamok.


"Dia masuk ke dalam rumah untuk ambil surat OKU mentaI dia sebelum keluar dan tndang pak cik dari belakang," katanya.


Nordin pula berharap pihak berkuasa dapat menahan anak tirinya lebih lama kerana bimbang lelaki itu akan pulang membaIas dndam.


Katanya, dengan kejadian yang membabitkan penaglh daadah yang berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga sanggup membnuh ibu bapa sendiri menyebabkan mereka bimbang kejadian itu boleh berlaku sekiranya anak tirinya dibebaskan.



"Sampai sekarang saya masih travma, takut dia datang sini balas dndam," katanya yang turut mengalami kecederaan di rusuk kanan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, lelaki itu kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.


"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya juga mendapati dia negatif daadah.


"Polis juga sudah memanggil tiga individu yang terbabit memukuI lelaki tersebut dalam video yang turut tular semalam dan seorang daripadanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pada malam tadi, manakala dua lagi datang pagi hari ini untuk memberi keterangan.


"Kita minta orang ramai jangan ambil tindakan sendiri (memukuI) dan sebaiknya terus memaklumkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments