"Biarlah dia nak buat apa. Itu antara dia dengan tuhan," kata Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva.
Menurut Azwan, 30, dia tidak terkejut dengan kewujudan akaun palsu di Facebook menggunakan gambar dan dan identitinya dipercayai bagi memperdaya orang ramai dengan meminta sumbangan wang kononnya bagi misi bantuan menyelamatkan maangsa banjir ke Terengganu.
"Ada rakan yang beritahu saya pasal ini (akaun Facebook palsu).
"Perkara ini macam dah biasa, awal dulu ada yang buat akaun palsu sebegini. Biarlah... tidak ada kesan pun pada saya," katanya dihubungi hari ini.
Ditanya sama ada hal itu menjejaskan reputasinya, Azwan berkata, dia lebih menumpukan kepada usahanya membantu maangsa banjir di negeri terjejas.
Katanya, dia juga tidak bercadang untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.
"Imej ini tidak ke manapun, biarlah... itu antara dia dengan tuhan," katanya..
Kewujudan akaun Facebook palsu itu dikesan malam tadi menerusi perkongsian netizen yang meminta orang ramai berhati-hati.
Semakan mendapati akaun itu menggunakan nama dan gambar seperti akaun sebenar, namun ejaan nama Azwan berbeza.
Bagaimanapun, ia dipercayai sudah ditutup apabila netizen menyedari ia akaun palsu dan meminta orang ramai berhati-hati.
Sementara itu, Azwan menerusi perkongsian langsung di Facebooknya memaklumkan dia kini bersama rakan berada di Terengganu bagi misi menyelamat maangsa banjir.
Katanya, mereka tiba di Hulu Terengganu pada jam 4.50 pagi hari ini, dan sempat meninjau di beberapa lokasi termasuk di Kampung Pengkalan Ajal, namun difahamkan air bah sudah surut.
Sumber : Harian Metro
0 Comments