Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan mana-mana manusia, banyak lagi dosa yang orang tak nampak kita kena risaukan, kata Dr. Erin

 


Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, menerusi laman sosialnya memuat baik beberapa keping foto memperlihatkan rambutnya yang panjang dan berwarna perang.


Menerusi ruangan kapsyen pula, Erin berkata dia mahu menjalani kehidupannya yang lama.


“Awak telah merampas hidup saya, dan kini saya mahukannya kembali.


“Lautan mungkin mencabar, namun saya adalah kapten. Biar apa pun kesukaran, saya akan menang,” tulis Erin.


Dalam pada itu, Erin berkata, kehidupan seseorang individu tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana masing-masing berdepan ujian berbeza.


Katanya, tiada siapa pun manusia di dunia ini yang dilahirkan sempurna.


“Hidup ini indah kalau kita pilih untuk indahkannya.


“Jangan bandingkan kehidupan kita dengan mana-mana manusia kerana kita hidup untuk diuji.


“Jika anda rasa kehidupan anda bahagia dan sempurna, maka anda gila,” tulisnya pada satu hantaran lain.



Sementara itu, menjawab beberapa pertanyaan netizen tentang tindakannya itu, Erin berkata, apa yang dilakukan itu adalah urusan dia dengan Allah.


Selain itu, Erin yang dilihat kini mempunyai kekasih berkata, lelaki itu meletakkan had untuk dia mendedahkan rambutnya.


“Kalau saya mati hari ini saya yang tanggung. Kita ni takut mati bukan takut dosa tak pakai tudung. 

Banyak lagi dosa yang orang tak nampak kita kena risaukan.


“Biar saya jalani hidup sendiri sebaik yang saya mampu.


“Tak boleh warnakan rambut sebab ‘cik abang’ tak bagi. Ini pun dia dah bagi limit free hair,” balas Erin pada ruangan komen.

Sumber : mStar Online


Post a Comment

0 Comments