Ticker

6/recent/ticker-posts

Tolong Jangan Hantar Anak Ke SJKC Kalau Tidak Bersedia 3 Perkara Ini…

 


Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata!

Saya yakin sebab utama ibubapa Melayu memasukkan anak ke SJKC kerana inginkan anak mereka boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin atau sekolah itu paling hampir dengan rumah mereka.


Jangan hantar anak ke SJKC jika anda tidak bersedia. Apa persediaannya?

 

1. Jelaskan kepada anak anda apakah tujuan anda menghantar mereka.


Anak sulung saya, Faqihuddin pernah menangis ketika berumur 6 tahun ketika pra-sekolah SJKC kerana tidak dapat menjawab soalan peperiksaan Bahasa Cina manakala anak kedua saya pernah mempertikaikan “Kenapa Abah hantar Saifullah ke sekolah CIna? Saifullah tak nak”. Oleh itu, ibubapa jangan ‘remote’ anak sesuka hati tanpa memahami perasaan anak. Hantarkan sahaja anak ke SK jika anda mahu mereka lebih berjaya.

 

2. Siapkan ilmu agama sebaiknya, bukan harapkan ustazah di SJKC


Kalau di SK, sebelum masuk tandas dan sebelum makan di kantin, ada la juga doa ditulis sebagai peringatan untuk pelajar muslim. Suasana dan persekitaran di SK tidak sama dengan SJKC. Saya biasa menemani anak saya makan berbekal di kantin ketika waktu rehat. Sambil makan sambil dengar lagu cina didendangkan.


Itu mungkin budaya mereka, saya hormati kerana SJKC suka kepada nyanyian dan tarian sebagai aktiviti sekolah. Cikgu dan pelajar biasanya dengan pakaian skirt pendek, berbeza dengan SK yang lebih nampak sopan dengan berkurung. Nampak atau tidak perbezaan suasana tersebut?

 

3. Bahasa dan Komunikasi


Isu ini saya nak ulas panjang sedikit. Harap bersabar dalam membaca.


Tidak ada komunikasi rasmi di antara pelajar dan guru menggunakan bahasa kebangsaan(Bahasa Melayu) dalam perhimpunan pagi dan majlis-majlis rasmi. Proses pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas pun masih diterjemahkan ke dalam bahasa mandarin.


Maka, wajarlah orang cina di SJKC sukar berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik dan orang Melayu boleh berbahasa mandarin kerana suasana ini.


Bila saya baca titah Sultan Perak yang meminta sekolah vernakular ini memastikan pelajarnya menguasai BM, gesaan NGO dan wakil rakyat meminta supaya kerajaan atasi segera masalah BM di SJKC, saya jadi gelisah. Saya hanya terfikir bahawa semua gesaan ini tidak akan berjaya jika pelajar itu sendiri yang tidak berminat atau bersungguh-sungguh untuk menguasainya.


Kerap kali di SJKC, saya suka bersembang dengan pelajar cina dalam bahasa Melayu. Kanak-kanak cina ini biasanya muka ‘blur’ sekejap bila saya bercakap dengan mereka. Biasanya mereka akan senyap atau memanggil kawan lain untuk menterjemahkan bahasa saya. Yang lari terus pun ada. Kelakar betul, kadang-kadang saya minta anak saya sahaja terjemahkan jika mampu. Kalau tidak, kami sama-sama buntu.



Pada sisi yang berbeza, saya melihat pelajar Melayu akan berusaha untuk faham dan berkomunikasi dalam bahasa cina kerana mereka tahu jika mereka tidak menguasainya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.


Bila anak saya mendapat semua semua A dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini, saya dipuji oleh semua guru yang saya kenal bila berjumpa. Ironinya, pelajar Melayu pasti ketinggalan ketika darjah 1 kerana masalah bahasa. Mereka kata anak saya pandai, pandai awak ajar anak. Guru besar ingatkan kami boleh berbahasa cina.


Sebenarnya, Isteri saya yang bersungguh-sungguh mengajar anak menggunakan ‘google translate’, membuat tekaan soalan dan melihat contoh soalan peperiksaan SJKC di internet. Saya hanya membantu sekadar termampu dan biasanya menyerah awal terutama pada subjek Sains dan Bahasa Cina supaya diri ini tidak stres.


Baru-baru ini, ketika hari keputusan UPSR diumumkan, saya bersembang dengan guru besar sekolah anak saya. Beliau biasanya akan mencadangkan pelajar Melayu yang masih lemah dalam bahasa cina pada tahap 2 untuk ke SK demi masa hadapan mereka. Ya, saya akui kata guru besar tersebut.


Kalau ibubapa Melayu sendiri tidak mampu membantu pembelajaran bahasa cina anaknya, saya cadangkan terus sahaja hantar ke SK bermula darjah 1 lagi, tidak perlu buang masa untuk jadikan anak bahan eksperimen.


Tidak lupa juga untuk saya cadangkan kepada ibubapa Cina yang mahu anaknya menguasai bahasa Melayu, hantar sahaja anak ke SK. Kerajaan pun tidak perlu fikirkan perkara yang mustahil untuk diselesaikan.


Kesimpulannya, jangan hantar anak ke SJKC jika…


-Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak-

Bapa yang baru mengenal SJKC


 

Sumber: Facebook Syed Mohd Aizuddin Al-Qassam

Post a Comment

0 Comments