Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku ada rampas apa-apa ke? Aku dah kahwin pun sibuk hal aku, kata Intan Saleh

 


Baru-baru ini viral di laman sosial apabila Intan Saleh telah memuat naik satu status di ig storynya yang memaparkan luahan hatinya yang mendakwa seorang pengguna media sosial seolah-olah tidak berpuas hati dengan menjadikan ‘aib‘ sebagai modal sekali gus tercetusnya konflik antara kedua-dua pihak.

Memetik artikel yang ditulis portal OMM, dia yang juga usahawan dan selebriti media sosial terkilan dengan tindakan individu yang didakwa cuba menjaja kisah peribadinya walaupun dia telah menamatkan status ibu tunggal sejak setahun lalu.


“Kau nak apa sebenarnya ek? Aku ada kacau hidup kau ke? Aku ada rampas apa-apa daripada kau ke? Aku amik tahu hidup kau ke? Aku tak pernah amik tahu hal kau dan apa aku buat tu urusan aku.

“Sekarang aku dah kahwin pun tak habis-habis sibuk hal aku. Eh malah kutuuk pulak suami aku. Apa sebenarnya kau nak? Sebar aib aku? Kalau tu yang kau puas hati buat la.

“Macam la kau tak bercerita pasal aku dengan pengikut dan kawan kau.. puas? Tak puas lagi kan selagi aku tak duduk terjatuh, selagi orang tak tahu cerita aku.

“Dah 2023 takde modal lain ke? Aib aib aib. Bercakap macam sendiri takde aib. Cerita kau dari awal, apa kau buat semua tu.. aku tahu. Ada aku pernah uguut kau?,” tulisnya pagi tadi.

Didalam insta storynya itu juga Intan menjelaskan dia mempunyai sebab tertentu mengapa enggan memaafkan individu berkenaan kerana orang ramai tidak mengetahui kisah sebenar yang dihadapinya.



“Orang tanya aku kenapa tak maafkan? Sebab cerita disebalik tabir orang tak tahu apa aku hadap. Hal peribadi aku yang takde kena mengena pun dia sibukkan. Menguguut aku tak sudah-sudah.

“Selama ni bila aku nak menjawab, orang cakap dah tak payah layan. Tulis sikit pun aku yang kena balik. Apa je Intan ni boleh buat? Tak boleh buat apa tapi dorang seronok pumpang hal aku,” katanya.

Bagaimanapun, usahawan berusia 37 tahun itu tidak mahu terlalu ‘melayan’ isu terbabit kerana lebih mementingkan kesihatan mentalnya selepas beberapa tahun memendam rasa.

“Aku sendiri malas nak layan, nak jaga mental aku. Tapi aku dibuIi dihiina. Korang rasa mental aku macam mana? Berapa tahun la aku hadap. Orang kata cukup la benda dah lepas. Aku dah tapi mereka?,” ujarnya lagi.

Sumber : OMM

Post a Comment

0 Comments