Penafian; gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki cedera setelah dipukul kerana dijumpai mempunyai hubungan terlarang dengan isteri orang yang diketahui oleh suami wanita berkenaan di sini baru-baru ini.
Pada kejadian yang berlaku pada Isnin lalu di sebuah penempatan Felda di sini, lelaki terbabit dipukul dengan penyapu, batang cangkul dan getah paip.
Malangnya, wang sejumlah RM15,000 milik seorang peniaga juga dicuri oleh suami wanita berkenaan.
Sumber menyatakan bahawa peniaga berusia 20-an itu berkenalan dengan wanita tersebut melalui aplikasi WhatsApp sejak dua bulan yang lalu.
Namun, hubungan tersebut diketahui oleh suami wanita itu dan peniaga itu kemudian diminta untuk datang ke rumahnya.
Pada saat peniaga itu sampai di rumah suami wanita berkenaan pada kira-kira 1 pagi, dia dipukul oleh suami wanita dan lima ahli keluarganya.
Dia dipercayai dipukul menggunakan penyapu, batang cangkul dan getah paip pada badan dan kepala, serta ditumbuk pada bahagian mata.
Suami wanita itu kemudian dipercayai meminta kad bank dan nombor PIN milik peniaga itu sebelum mengeluarkan wang sejumlah RM15,000.
Sumber menyatakan bahawa enam suspek berusia 17 hingga 28 tahun telah ditangkap oleh polis dan direman bermula pada 24 Januari untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Sumber : Harian Metro
0 Comments