Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau Betul Sayang, Pasti Tiada Yang Kedua, Kata Eyra Hazali

 


Kontroversi membabitkan pengarah muda terkenal tanah air, Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah sudah lama berlaku.


Namun pada jumaat lepas ianya menjadi makin gamat apabila pengarah tersebut membuat pengakuan beliau sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.


Semenjak tersebarnya video pengakuan Syamsul itu, ramai wanita terutamanya mereka yang bergelar isteri terkesan serta kasihan dengan isteri pertama pengarah itu iaitu Puteri Sarah serta tidak berhenti memberi kata-kata semangat buat aktres itu.


Memetik artikel yang ditulis portal Rotikaya, pelakon Eyra Hazali baru-baru ini memuat naik satu status di laman twitternya.




Posting tersebut telah menjadi tular dan menarik perhatian ramai netizen.


Menerusi perkongsian itu, Eyra seakan meluahkan rasa kecewa serta mengatakan jika seseorang itu benar-benar sayang sudah pasti tiada istilah orang kedua.


Perkongsian Eyra itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu bahawa sayang itu hanya untuk satu buat selamanya dan tiada yang kedua.



Untuk rekod, Eyra Hazali mendirikan rumah tangga bersama Haziq pada 1 November 2019. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.


Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments