Ticker

6/recent/ticker-posts

Komunikasi cara baru agaknya, Kata Puteri Sarah

 


"Komunikasi menerusi pembantu rumah, ibu mentua dan adik-adik kami? Mungkin itu cara baru untuk berhubung pada ketika ini."


Demikian ulas pelakon Puteri Sarah Liyana susulan kenyataan yang dibuat oleh suaminya, Syamsul Yusof menerusi video yang dimuat naik di Instagram kelmarin.


Menerusi video yang sama, Syamsul menegaskan biarpun dia menyekat Puteri Sarah namun tanggungjawab sebagai suami dan bapa tidak pernah diabaikan.


"Itu tidak perlu diungkit kerana sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kami, itu adalah tanggungjawabnya. Malah, dia juga masih perlu memberikan nafkah.


"Jika ada sebarang komunikasi itu antara ibu saya dan juga dia. Seperti yang dia (Syamsul) tegaskan itu, komunikasi kami adalah melalui ibu saya dan juga dia.


"Dia juga sudah berhenti menyekat saya di Whatsapp selepas video yang dimuat naik olehnya. Namun, jika ada komunikasi selepas ini, mungkin melalui peguam," katanya.


Puteri Sarah masih berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.



Walaupun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengannya, namun Puteri Sarah menganggap mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah.


Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.


Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.


Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments