Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya telefon suami, tapi polis yang jawab, kata Siti Salwa

 


"Suami janji akan balik tetapi sehingga jam 5 pagi dia tidak tiba dan yang membuatkan saya pelik apabila keretanya dilihat berada di tepi jalan serta tidak bergerak," kata Siti Salwa Abdul Wahid, isteri kepada ejen insurans yang maut dalam kemalaangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Serkam, hari ini.


Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi, suaminya Badrul Shyam Noor Ibrahim, 31, dan rakannya Ezham Hazim Ahyat, 33 maut di lokasi kejadian akibat parah.


Menurut Siti Salwa, 33, kali terakhir dia dan suami berbalas mesej kira-kira 12 lebih tengah malam.


"Bimbang suami tidak tiba saya melihat status WhatsAppnya dan 'last seen' adalah pada jam 4.30 pagi sebelum menggunakan aplikasi 'Find My Iphone' untuk melihat lokasi suami.


"Saya cuba menghubunginya beberapa kali tetapi polis yang menjawabnya, sebelum memaklumkan suami terbabit kemalaangan serta meminta saya datang ke Hospital Jasin. "Ketika itu saya fikirkan mungkin dia hanya kritikal," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jasin, hari ini.


Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa arwah suaminya pada Rabu malam sebelum, arwah bertolak ke Melaka untuk berjumpa dengan pelanggan.


"Sebelum keluar, suami sempat peluk dan mengatakan dia rindu saya selain berjanji akan balik kerana dia pergi Melaka atas urusan kerja.


"Sejurus melihat keadaan kereta suami yang 'total lost' di balai polis, terdetik di hati suami sudah tiada namun cuba bertenang sehinggalah dimaklumkan suami sudah tiada ketika sampai di hospital," katanya.


Katanya, dia reda dengan pemergian suaminya namun sedih kerana tidak sempat menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 26 Januari ini.


"Saya dan suami ada rancang untuk membawa anak pergi bercuti di Melaka sempena ulang tahun kami selain ke Pulau Tioman pada Mac tetapi, namun hasratnya tidak kesampaian," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun.


Terdahulu, dua ejen insurans maaut selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalaangan dengan sebuah lori tangki dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Serkam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, kemalaangan itu membabitkan sebuah Toyota Vios dan lori tangki yang dipandu lelaki berusia 42 tahun.


Beliau berkata, sebelum kejadian lori tangki terbabit dalam perjalanan dari arah Serkam, menuju ke Jasin, manakala kereta mangsa pula datang dari arah Melaka, menghala ke Muar, Johor.


"Hasil siasatan dilakukan mendapati, kemalaangan dipercayai berlaku apabila semasa lampu isyarat berwarna hijau, lori tangki terbabit meneruskan perjalanan menuju ke Jasin.


"Ketika lori terbabit melepasi persimpangan lampu isyarat, kereta dinaiki maangsa yang datang dari arah Melaka, melaanggar bahagian sisi belah kiri kenderaan berat itu lalu terbalik di tengah jalan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments