Tindakan Mas Idayu yang memberikan komen keras terhadap persembahan Sissy Imann semasa menjurikan program Famili Duo telah menerima pelbagai reaksi dari ramai.
Salah seorang penyanyi, Faizal Tahir, juga turut berkongsi pandangannya mengenai isu tersebut.
"Apabila memberikan komen, jangan sampai memalukan orang kerana kita semua mempunyai kelemahan dan tiada siapa yang sempurna. Saya faham jika Mas Idayu yang memberikan kritikan, namun saya rasa semua orang tahu dia seperti apa. Namun, untuk saya pribadi, saya tidak akan terasa tapi orang lain mungkin akan menerima dengan berbeza," katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Faizal juga akan turut serta dalam Konsert Malam Bulan Bintang pada 4 Mac depan yang juga akan diisi oleh artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Sabyan, Opick, Salammusik, Raihan, dan Alif Satar & The Locos.
0 Comments