Ticker

6/recent/ticker-posts

Sukar untuk halang harga rumah naik, kata Datuk NK Tong

 


Peningkatan kos pematuhan, buruh, bahan binaan dan inflasi antara punca utama yang akan terus menyumbang kepada kenaikan harga rumah.


Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk NK Tong berkata, bagaimanapun sebarang peningkatan harga adalah bergantung kepada keupayaan pemaju untuk menyerap peningkatan kos dan kemampuan rakyat untuk menerima kenaikan harga.


"Untuk meramalkan berapa peratus kenaikan harga rumah tahun ini agak sukar kerana ia bergantung kepada banyak faktor antaranya kos bahan binaan, buruh, pematuhan serta inflasi.


"Semua ini perlu diambil kira kerana sukar untuk menghalang harga rumah daripada naik," katanya pada sidang media selepas perbincangan meja bulat anjuran Institut, semalam.


Sementara itu, Pengerusi Institut Rehda, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata, pihaknya menegaskan untuk semua pemegang taruh membincangkan lebih dalam mengenai kenaikan harga rumah yang didorong peningkatan kos pematuhan.


Menurutnya, kos pematuhan antara punca utama yang mengakibatkan harga kediaman di negara ini kekal tinggi berbanding kos buruh, bahan mentah dan tanah yang sentiasa meningkat.


Beliau berkata, kos pematuhan kurang dibincangkan sedangkan ia salah satu faktor yang mampu dikawal kerajaan untuk menjadikan harga rumah di Malaysia lebih mampu milik kerana kenaikan kos pematuhan saja membabitkan antara 15 ke 25 peratus daripada jumlah keseluruhan projek.


Justeru katanya, campur tangan kerajaan adalah perlu bagi mengurangkan tekanan kos ke atas industri hartanah dan pembangunan hartanah bagi memastikan harga rumah kekal stabil.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments