Ticker

6/recent/ticker-posts

Ali Puteh dakwa terjumpa garam kasar, daun bidara , kulit limau luar pagar rumah arwah Abam, Pengamal Perubatan Islam jelaskan kegunaan bahan tersebut

 


Pelawak Ali Puteh meluahkan perasaan kecewa apabila beberapa barang yang ditemui di rumah Allahyarham Abam seperti taburan garam kasar, daun bidara, dan bangkai haiwan dicemari oleh sindiran netizen.


Ali, atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berusia 34 tahun, berkata bahawa masyarakat mungkin menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu kerana ia tidak berlaku kepada mereka sendiri.


"Tertawalah dengan sindiran komen tentang taburan garam dan bangkai. Ada yang mengejek ini sebagai lucu. Ada yang menganggap ini rekaan. Ada yang menulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.


"Ini bukan hal yang lucu bagi kami sekeluarga. Jangan buat main hal tentang barang-barang ini," ujarnya.


Video kontroversi dari Ali Puteh telah viral dan mendapat perhatian dan komen dari ramai netizen dan tidak lupa juga pengamal perubatan Islam.

@kandazakiyy #stitch with @Ohbulan ♬ original sound - KANDA ZAKIYY

Seorang pengamal Islam As Shabab (Prias) terletak di Negeri Sembilan telah memuat naik satu video di laman sosial menerangkan dari sudut kerjayanya sebagai pengamal perubatan Islam.


Berdasarkan pengamatannya, tiada unsur sihir terlihat sebaliknya penggunaan barang-barang yang dijumpai seperti daun bidara, daun limau itu adalah “keadah” memagar rumah yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang.


“Boleh jadi rumah itu baru di pagar ke, wallahualam. Tapi kebiasaannya, apa yang Abang Ali tunjukkan itu adalah methode atau keadah bahan-bahan yang diguna pakai dalam memagar rumah.


“Bukan sihirlah. Kalau sihir tu, mungkin abang Ali akan nampak selain daripada itu seperti ayam atau pun kain kuning diikat, binatang-binatang yang mati. Ada juga orang gunakan garam sebagai satu sumber kepada sihir.


“Allahumasal li A’la Muhammad, apa yang kita lihat tadi tu adalah bukan tanda sihir terutama pada bahan-bahan yang ditunjukkan tadi. Saya tak ada nak komen apa, wallahualam,” jelasnya.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Ali Puteh dan dalam masa menyindir tindakan Ali Puteh kerana bertindak tanpa berfikir dulu.


"Aku rasa si Ali ni mmg nak pagar rumah dia.. tu yg bila pemilik rumah dtg , dia tak jumpa jalan keluar.." - netizen


"Haa betul la tu.....garam, daun bidara, lebih kpd kaedah 'pagar rumah' bkn utk sihir.....ambik tau la ckit Ali oii pasal kaedah perubatan alternative ni.....jgn tau nk sebat ja" - netizen


"Tak salah memagar rumah dr perompak atau mat gian yg masuk,oleh itu bersihkan hati jgn prasangka yg bukan2 seeloknya jernihkan suasana dan rapatkan kembali hubungan silaturrahim yg ada." - netizen





Terdahulu, balu kepada Abam iaitu Norhidayah Mohd Ali berkunjung ke kediaman yang pernah dia bersama Allahyarham tinggal di Gombak selepas tiga tahun pemergian pelawak berkenaan.


Bagaimanapun kata Hidayah, kunjungan ke rumah tersebut tidak disambut dengan baik oleh keluarga suaminya apabila kedatangannya tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam.


Untuk rekod, pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan dibuat pelawak tersebut menerusi Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang tidak bertanggungjawab.


Menerusi perkongsian tersebut, Ali didakwa menuduh Hidayah sebagai seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.


Saman dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000 itu difailkan Hidayah kira-kira 15 hari selepas Abam meninggal dunia.


Setelah dua tahun turun naik mahkamah, Hidayah menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya itu.


Ali pula diperintahkan membayar ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000.


Untuk rekod, pelawak Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.


Sumber : Mingguan Wanita



Post a Comment

0 Comments