Ticker

6/recent/ticker-posts

Artis lelaki popular zaman 80-an nikah lagi satu dengan pucuk muda?

 


Seorang penyanyi dan pelakon lelaki yang popular pada era 1980-an dilaporkan telah berkahwin secara rahsia untuk kali kedua.


Sumber menyatakan bahawa isteri barunya adalah lebih muda dengan perbezaan usia yang ketara berbanding dengan artis tersebut.




Ramai penduduk yang tinggal berdekatan dengan kediaman mereka mengesyaki bahawa terdapat sesuatu yang sedang berlaku kerana sering melihat artis lelaki tersebut di kawasan tersebut.


"Bagaimanapun, mereka enggan menghebohkan perkara ini kerana ia masih samar-samar dan takut menimbulkan fitnah.


"Namun, baru-baru ini ada kejadian membabitkan mereka hingga membawa kepada laporan polis. Menerusi apa yang berlaku, dipercayai artis dan wanita terbabit adalah pasangan suami isteri. Namun, butiran lanjut tidak diketahui," kata sumber itu.



Namun, ada desas-desus mengatakan rumah tangga mereka sedang bermasalah dan di ambang perceraian.


Bagaimanapun, kehadiran mereka berdua menonton pertandingan nyanyian membabitkan anak mereka yang juga seorang penyanyi wanita popular baru-baru ini menepis dakwaan itu.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments