Ticker

6/recent/ticker-posts

Besar betul ujian, tapi besar lagi nikmat Allah dah bagi, kata Anju

 


Hubungan antara pelakon Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey sentiasa menjadi perhatian netizen. Kemuncak hubungan cinta antara pasangan merpati dua sejoli ini apabila mereka berdua mengesahkan sudah bertunang tidak berapa lama dulu.


Disebalik kemesraan pasangan ini,netizen tiba-tiba dikejutkan dengan khabar angin kononnya pertunangan Anju dan Khazrul akhirnya putus ditengah jalan.


Walau sudah putus tunang namun Khazrul memilih untuk terus bersahabat selepas kurang dari sebulan mengikat pertunangan dengan Anju.


Anju dalam perkongsian di laman sosialnya juga mendedahkan punca utama keretakan hubungannya dengan Khazrul adalah kerana ego.


Namun, bekas tunangnya itu telah memuat naik satu perkongsian di laman sosial mengatakan dia sebenarnya berasa malu Anju sering berpenampilan seksi dan berharap agar Anju menutup aurat dengan sempurna kelak.


Susulan itu, baru-baru ini, Anju meluahkan rasa sebak dengan ujian yang dialaminya pada ketika ini namun, dia percaya bahawa nikmat Allah itu lebih besar berbanding segalanya.


Reda dengan ujian yang menimpanya, pelakon itu yang kini berusia 35 tahun itu memberitahu bahawa kebenaran akan terungkap jua suatu saat nanti dan dia sudah membuat keputusan untuk  berdiam diri...


Dalam perkongsiannya itu juga, Anju mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang selalu memberikan dukungan dan berharap agar netizen memohon agar urusannya diterima mudah.



“Allahuakbar, besar betul ujian. Tapi besar lagi nikmat Allah bagi. Tak mengapalah lambat laun masa yang akan bongkarkan segalanya. Saya pilih untuk berdiam diri, terima kasih semua ye doakan saya,” ujarnya.

Menjenguk di ruangan komen,  rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Anju, kata netizen lagi itu lah yg seelok nye.....in syaa Allah ada pngnti yg lbih baik..




Sumber: Instagram @anjoulielavocah1

Post a Comment

0 Comments