Pelakon Puteri Sarah enggan mengambil kira berita angin mengenai madunya, Ira Kazar yang dikatakan sedang mengandung anak pertama.
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, atau nama penuhnya, berkata bahawa dia tidak mengetahui kebenaran berita tersebut dan tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan komen yang terperinci.
“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah.
“Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya kepada Kosmo! Online.
Bagaimanapun, Sarah tidak menafikan bahawa khabar angin Ira sedang hamil sampai ke pengetahuan bahkan sebelum dirinya dan anak-anak mengerjakan umrah baru-baru ini.
“Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut.
“Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam.
“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik.
“Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.
Sementara itu, ditanya tentang sama dia ada mendengar tentang ura-ura suaminya, Syamsul Yusof kini bergelar atau berpangkat Datuk, Sarah juga mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa langsung namun mendoakan yang terbaik buatnya.
“Itu (Syamsul dah dapat gelaran Datuk) pun saya tak tahu. Saya memang tak ambil tahu apa-apa.
“Kalau dapat gelaran Datuk, alhamdulillah tahniah buat dia. Itu sahaja dan saya tak nak ambil peduli lagi.
“Saya dah ‘move on’. Semasa saya di Madinah tempoh hari, saya dah letak semua masalah di belakang. Bahkan yang pasal Ira berbadan dua, waktu itu saya di Madinah.
“Saya dah macam apa-apa sahajalah. Syamsul pun dah berkahwin dan benda pun dah jadi dan tiada apa yang perlu diperkatakan dari pihak saya berhubung dakwaan terbabit (Ira sekarang hamil),” katanya.
Sebelum ini, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac 2023 sebagai tarikh sebutan pertama bagi kes perceraian yang difailkan oleh Sarah terhadap suaminya, Syamsul Yusof.
Sementara itu, beredarlah berita angin bahawa Ira Kazar, atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, kini sedang mengandung anak pertama.
Pada awal Januari yang lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni tanah air dengan mengumumkan bahawa beliau telah berkahwin dengan Ira di Thailand. Majlis akad nikah Syamsul dan Ira dijalankan di bawah pimpinan bapanya, yang juga merupakan pelakon veteran, Kazar Saisi. - KOSMO! ONLINE
0 Comments