Ticker

6/recent/ticker-posts

Dicerai Hafidz Roshdi melalui telefon, adik ipar Hafidz Roshdi buka mulut dedah kisah sebenar

 


Industri hiburan kecoh petang tadi apabila pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan telah melafazkan talak kepada isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, pada hari Rabu.


Adik kepada Shuhada yang dikenali sebagai Sofia, 25 tahun, mengesahkan melalui panggilan telefon kepada mStar bahawa lafaz talak itu telah dibuat di hadapan ahli keluarga.


Menurut Sofia, keputusan untuk berpisah telah dibuat secara bersama antara kedua-dua belah pihak.




"Memang betul semalam (Rabu) Hafidz dah lafazkan cerai talak satu kepada kakak saya melalui telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing.


"Hafidz berada di Shah Alam dan kami bersama Shuhada kini di Perlis.


"Atas persetujuan keluarga untuk berpisah. InsyaAllah Shuhada akan failkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur nanti. Kami sedang bercakap dengan peguam untuk tarikh perbicaraan sebab ia masih dalam proses," katanya pada Khamis.



Sebelum ini, mengikut laporan dari sebuah portal berita, sumber telah memberitahu bahawa Hafidz telah melafazkan talak satu terhadap Shuhada di hadapan keluarga.


Shuhada dilaporkan akan mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah di Kuala Lumpur pada 1 Mac, iaitu pada hari ulang tahunnya.


Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada telah berkahwin pada 30 April 2016 dan mempunyai dua orang anak iaitu Humairah, 6 tahun, dan Umar, 2 tahun.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments