Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila dikhabarkan isteri kedua kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof yang didakwa hamil namun berita itu hanya sekadar gossip makcik-makcik bawang selepas kelibat wanita cantik itu dilihat lasak bermain permainan ‘indoor’ di sebuah pusat rekreasi.
Namun, tidak lama selepas itu tersebar lagi khabar angin mengatakan Ira Kazar melarang Syamsul Yusof untuk bertemu anak-anak, Syaikhul dan Sumayyah.
Memetik artikel dari beautifulnara, susulan dakwaan tersebut rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendengar khabar berita itu.
Tambah netizen lagi, Ira tidak boleh sesekali menafikan hak anak-anak suaminya untuk bertemu Syamsul Yusof.
@milakarmila_0404 IRA KAZAR DAH TUNJUK BELANG #irakazarpenyondol ♬ original sound - Mila Kerepek Viral
Tidak mahu gossip liar tersebut semakin menular, Kakak kepada Ira Kazar mengambil inisiatif untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Melor Kazar menerangkan menerusi video mengatakan adiknya tidak hamil dan tidak pernah melarang Syamsul untuk berjumpa dengan anak-anak.
Assalamualaikum kak, semua yang akak cakap ni semua fitnah tau. Tak ada siapa yang mengandung tak ada siapa tak bagi jumpa anak. Assalamualaikum.
Ujarnya lagi, tuduhan wanita berkenaan dianggap sebagai melampau dan bakal mengambil tindakan saman fitnah terhadapnya.
Sumber : BEAUTIFULNARA
0 Comments