Sebelum ini, satu video di aplikasi Tiktok menjadi viral apabila seorang pempengaruh, Cik Pia memperlihatkan rasa kesal terhadap sikap suaminya, Boss Kay.
Dalam video itu, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari merasa kecewa kerana suaminya enggan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan akibatnya, anak mereka terpaksa diberi nama Abdullah.
Selain itu, suaminya didakwa telah hilang tanpa sebarang pemberitahuan, tetapi kemudian dikatakan beliau telah hadir di sebuah acara pertunjukan fesyen bersama seorang pelakon wanita, Tash Yong.
@norsufiajohari pedih bagai dihiris hati ini..bapak masih live masih ade masa kesana kesini dgn "makwe" tp utk dtg ke JPN daftarkan ank xde masa..#fyp #trending #tiktokmalaysia #tiktok #viral #fypage #fypã‚·゚viral #fypã‚· #tiktokviral #tiktoker ♬ Instrumen Sedih - Yuda pratama
Memberi penjelasan, Boss Kay atau nama sebenarnya Azlee Abd Aziz mengatakan bahawa beliau telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuantan, Pahang pada hari Khamis untuk mendaftarkan anak lelakinya dan mengesahkan bahawa urusan tersebut telah diselesaikan.
Saya dah bagi kerjasama kepada JPN. Cuma satu pesanan saya, jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking dan jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan.
Dituduh tidak bertanggungjawab kerana enggan mengazankan dan mendaftarkan nama anaknya, Boss Kay memaklumkan dia sering dipandang negatif gara-gara penyakit mental yang dihadapi isterinya.
Saya berdepan dengan isteri yang ada gangguan mental. Bila sakit menyerang sepanjang mengandung dia tak makan ubat. Dia tak boleh terima dia ada masalah ini.
@kayazlee @jpnhqofficial memang terbaik #SahabatBossKay ♬ original sound - Boss Kay
Bila sakit dia datang, saya diugut setiap hari. Dia juga ada Bipolar. Bila dia amuk, dia tuduh saya pukul dia sedangkan saya tenangkan dia. Jadi, saya jauhkan diri.
Bukan itu sahaja, Boss Kay turut mendedahkan bahawa dia hampir beberapa kali nyaris menghadapi kemalangan gara-gara diasak isteri untuk pulang ke rumah ketika berada di pejabat.
Jarak perjalanan rumah ke pejabat dalam 30 ke 40 minit. Bila dah balik rumah, dia kata penyakit dia dah baik.
Jelasnya lagi, dia bukan tidak mahu mendaftarkan nama anaknya sebaliknya dia masih mempunyai masa untuk mendaftarkan nama anak memandangkan tempoh yang ditetapkan oleh JPN ialah 60 hari.
Saya cuma menanti waktu tak sibuk. Pesanan saya untuk dia, patutnya kalau nak saya balik ke rumah, buatlah content baik-baik bukan hina dan fitnah saya.
SUMBER : BEAUTIFULNARA
0 Comments