Ticker

6/recent/ticker-posts

Gaji penjawat awam akan dibincang, bila 'kantung' negara cukup baik, kata Anwar Ibrahim

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan bahawa kadar gaji dan upah penjawat awam akan dikaji semula selepas kewangan negara pulih dan defisit kewangan negara dapat dikurangkan.


Beliau menyatakan bahawa beliau secara peribadi tidak berpuas hati dengan kadar gaji dan upah penjawat awam yang tidak seimbang dengan tanggungjawab dan komitmen mereka, tetapi keputusan tersebut perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira keadaan kewangan negara pada masa ini.




"Kalau kantung bertambah baik defisit dikurangkan, kita boleh (naikkan gaji serta upah), dan sekarang bila saya tengok penjawat awam buat kerja baik antaranya di negeri kemudian hasil bertambah, proses itu boleh dipercepat.


"Cuma untuk hari ini saya fikir sukarlah, itu nanti kita bincang dahulu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Selasa.




Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments