Ali Puteh meluahkan rasa sedih apabila menerima mesej kasar melalui aplikasi WhatsApp dari seseorang yang tidak dikenali yang menghina ibu dan isterinya yang telah meninggal dunia.
Melalui perkongsian terbarunya di Instagram, Ali memuat naik tangkapan skrin mesej tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan kasar.
Menerusi laporan dari ROTIKAYA, Ali mengatakan bahawa dia ingin berjumpa dengan individu tersebut dan membuat laporan polis mengenai mesej yang dibuat.
“Hmm sedih saya, sampai begini makian orang pada arwah mak saya dan isteri saya..boleh jumpa kan saya insan ini..saya akan ke balai polis untuk buat laporan insya-Allah pasti jumpa insan ini,” tulisnya.
Kontroversi timbul minggu lalu apabila Siti Norhidayah, balu Allahyarham Abam Bocey, ke rumah arwah suaminya.
Namun begitu, Ali Puteh mendakwa bahawa dia menemui benda seperti garam kasar, kulit limau, dan bangkai tikus selepas kakak iparnya pulang.
Ali juga menyatakan rasa kecewa apabila Hidayah memuat naik video yang menunjukkan keadaan rumah yang tidak terurus dan bersepah.
Sumber : ROTIKAYA
0 Comments