Baru-baru ini viral di media sosial satu video yang memaparkan balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali meluahkan kemarahan apabila akaun TikTok dan Facebook miliknya cuba digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.
Siti Norhidayah mengatakan bahawa kejadian itu berlaku dua hari yang lalu selepas akaun Instagramnya dan akaun Instagram mendiang suaminya gagal dihack tidak lama dahulu.
“Ingat saya tak tahu siapa yang cuba ambil (godam) tu? Saya tahu (maklumat) kat mana, pukul berapa, nama korang siapa,” katanya lagi.
“Saya tengah marah ni sebab ada orang cuba godam akaun TikTok dan Facebook selama dua hari berturut-turut. Benda ni dah lama berlaku, tapi saya sabar dan berdiam diri.
“Tapi kali ini saya tak tahan, selama ni dia cuba nak ambil akaun Instagram saya dan arwah suami tapi mereka tak dapat (godam),” katanya dalam satu hantaran video di laman Instagram pada Sabtu.
Hidayah mengakui rasa kecewanya apabila ada pihak yang cuba mengganggu perniagaannya yang dijalankan secara dalam talian. Beliau juga menyeru agar individu mencari pendapatan halal dengan cara yang sah dan tidak melalui jalan pintas.
“Dia nak kacau bisnes saya. Kenapa korang nak ambil (godam)? Sebab nak jual (akaun) untuk dapatkan duit? Kalau takde duit, berniaga la. Cari duit yang halal. Bawalah bertaubat.
“Kalau takde duit, berniaga. Macam saya, saya tak kacau orang. Saya buat bisnes sendiri untuk besarkan anak. Nasihat saya, janagn ambil hak orang,” ujarnya.
Sementara itu, Hidayah seolah-olah memberikan petanda bahawa beliau mengetahui identiti individu yang cuba menggodam akaun media sosialnya, namun tidak mahu berkongsi maklumat lanjut.
“Ingat saya tak tahu siapa yang cuba ambil (godam) tu? Saya tahu (maklumat) kat mana, pukul berapa, nama korang siapa,” katanya lagi.
SUMBER : OMM
0 Comments