Ticker

6/recent/ticker-posts

Iman tak cukup kuat, Tash Yong umum dia kini sudah tidak lagi bertudung

 


Pelakon Tash Yong, 33, mohon maaf dan menjelaskan tindakannya yang kini sudah membuka tudung disebabkan iman yang tidak cukup kuat.


Tash atau nama sebenar Nur Natasha Shazlia Rosli berkata, walaupun sekarang dia tidak lagi memakai tudung, tapi itu bukan bermakna dia akan berbuat demikian selamanya.


"Saya minta maaf, saya adalah hamba Allah yang biasa. Iman saya tak cukup kuat.


"Tapi, yang saya buka tudung sekarang tak bererti saya akan buka selamanya. Saya masih lagi cuba merancang semula, cuba jadi elok balik," katanya dalam video penjelasan dikongsi di media sosial.


Menurut Tash, dia yang lahir dalam keluarga seni memang sejak asal tidak memakai tudung, namun cuba berhijrah sebelum ini untuk belajar mengaji dan solat.



"Saya memang seorang yang 'free hair' sebelum ini. Tak lama kemudian, saya mula berhijrah. Saya belajar mengaji, saya belajar solat. Saya cuba perbaki diri, saya cuba memakai tudung dan sudah pun bertidung," katanya.


Tash yang pernah dikenali menerusi drama Menantu Ting Tong di TV3, bagaimanapun berterima kasih kepada mereka yang terus mendoakan kebaikan buatnya.



"Pada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya, terima kasih. Saya doakan semoga kebaikan itu turut berbalik semula kepada kalian semua," katanya.


Terdahulu, Tash mula memakai tudung ketika sambutan Aidiladha pada September 2020 lalu dan pernah mengharapkan dirinya terus istiqamah bertudung ketika itu.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments