PENAFIAN : GAMBAR SEKADAR HIASAN
Tahun 2023 ini semakin banyak pula kita disajikan dengan isu pasangan yang curang. Baik dari pihak suami mahupun pihak isteri.
Tapi kisah yang bakal disajikan ini mungkin boleh membuatkan anda tercengang tidak percaya!
Memetik perkongsian dari instagram Caprice, lelaki hebat ini mendedahkan sebuah kisah benar yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang juga suami kepada wanita tersebut.
Berdasarkan mesej tersebut, lelaki tersebut mengaku bahawa isterinya telah berulang kali melakukan perbuatan curang sebanyak empat kali.
Lelaki tersebut menyatakan bahawa tiga lelaki yang berada bersama isterinya adalah rakan sekerja dan kenalan dari aktiviti mendaki.
Namun, lelaki tersebut memutuskan untuk tidak menceraikan isterinya selagi dia belum bertaubat dan meminta maaf kepada dirinya dan ibu mertuanya.
Sekarang isteri saya minta cerai. Saya tak layan permintaan dia selagi tak bertaubat dan minta maaf dekat saya dan ibu saya.
Sementara itu, pemilik nama Ariz Ramli buntu mencari punca masalah ini boleh timbul.
Makin seram cerita kes skandal dekat tempat kerja. Saya masih tak faham agak-agak apa punca semua ini?
Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan dan pendapat masing-masing. Antaranya :-
"Ada kawan perempuan sy curang dengan suami. Kuar minum dan mesej2 cinta.
Aku ni banyak jadi tempat simpan rahsia orang. Bukan tak nasihat. Aku dah nasihat. Tolonglah pantau bini korang dan selalu cek phone bini masing2. Selalu lah spot check termasuk kat tempat kerja." - netizen
"Bab curang memang tak leh nak buat apa,,, laki ka perempuan ka, kalau iman tak kuat akan jatuh ke ke curang yang amat dalam,," - netizen
"Masyarakat kita ni suka buka aib pada salah tempat....apa fungsi Kaunseling kekeluargaan?aku pun pelik la org Malaysia sekarang ni ...luah la pada saluran yg betul....luah kat dia buat apa la...Bukan boleh selesai masalah pun.." - netizen
Sumber : OHBULAN
0 Comments