Ticker

6/recent/ticker-posts

Kahwin Dua Boleh, Bercuti Ke Vienna Tapi Bayar Nafkah Tak Reti, Tanya Anak Tiri Miera Liyana

 


Nama Miera Liyana menjadi perhatian ramai apabila berita rumah tangga madunya Adibah Abdul Mutalib.bersama suaminya, Rosland Othman gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai.


Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu posting, yang didakwa sebagai anak kepada Rosland, memperuntukkan rasa kecewanya tentang situasi tersebut.


Melalui pemuatan itu, Izzah mempertikaikan bahawa bapanya dapat bercuti ke luar negara tetapi didakwa tidak membayar nafkah.


Ujarnya, disebabkan tindakan bapanya itu ibunya kini sedang mendapatkan keadilan melalui proses perundangan untuk tuntutan nafkah dan hak anak-anak.


Dalam pada itu, Izzah turut meluahkan rasa kesal dengan sikap bapanya yang ‘menjadi’ mangsa dan sering memberikan alasan.



Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana nafkah anak-anak adalah kewajipan si bapa walaupun sudah bercerai.





"Ada bnyak jgk org lelaki ni, bila kahwin dua, mcm jumpa dunia baru dn terus lupakn kehidupn yg lama, termasuk ank², yg mnjadi tggjwab mereka..Klu kahwin dua, sbb ikut hukum, tp hukum ttg tggjawab pd anak² terlupa pulak nk ikut..Dah syarat utama, poligami mesti adil..klu syarat tu pun, gagal total, apa pula alasan kata mampu poligami?" - netizen

"Bila berbini baru terus lupa pada tanggunjawab pada isteri pertama dan anak2,semoga lelaki/suami derhaka seperti ini mendapat balasan yg setimpal,,," - netizen


Katanya lagi, dia hanya mahukan keadilan buat ibunya yang sudah melalui macam-macam kerana bapanya serta meminta orang ramai mendoakan buat ibu serta adik-beradiknya.


Sumber : ROTIKAYA


Post a Comment

0 Comments