Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau aku ni kaki pukuI dan penagih, kenapa bagi jaga anak kau?, Tanya Zarina Anjoulie

 


Tengok gaya, kontroversi membabitkan pasangan hot Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey masih mempunyai berpuluh-puluh episod lagi.


Masakan tidak, kedua-duanya memilih untuk saling berbalas-balas di media sosial dari bertemu depan mata selesaikan masalah mereka.


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan dakwaan Khazrul menyatakan bahawa Zarina atau yang mesra dipanggil Anju adalah seorang penagih d4dah dan pengamuk yang sering kali terlibat dalam konflik dengan ibunya sendiri. Beliau telah diusir keluar dari rumah beberapa kali.


@elzey_anjoulielavocah Buka sikit pasal rahsia #zarinaanjoulie yang ramai tak tahu. #anju #khazrulelzey #dodi ♬ original sound - Dato Seri Khazrul Elzey ☑️


@zarinaanjoulie5 Buka aib anju pula,dodi ni #zarinaanjoulie #anjoulieputustunang #tunangzarinaanjoulie ♬ bunyi asal - Zarina Anjoulie_


Memetik artikel dari portal OMM, tidak hanya itu, Khazrul yang juga seorang ahli korporat menjelaskan bahawa beliau tidak mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu berhubung pelakon tersebut memegang kunci rumahnya. 


Beliau menyatakan bahawa beliau memahami soal agama dan memilih untuk tidur berasingan sebagai cara mengawal nafsu. Selain itu, beliau juga mempunyai anak perempuan Julia Sharapova yang telah memahami situasi tersebut.


Pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul tidak berdiam diri dan memberikan respons terhadap dakwaan bekas tunangnya dalam sesi ‘live’ di aplikasi TikTok. 


Aktres berusia 36 tahun itu menyatakan bahawa jika dakwaan bahawa dia seorang penagih d4dah dan pengamuk adalah benar, bekas tunangnya harus menunjukkan bukti yang kukuh daripada bersuara di media sosial.


“Cakap memanglah boleh cakap, saya pun boleh cakap macam-macam. Bezanya kalau Anju cakap pasti ada bukti dan resit. Nak cakap? Hari-hari pun boleh.


“Takpelah, nak fitnah, fitnahlah. Setiap hari orang boleh cakap, saya pun boleh buat cerita macam-macam. Saya tahu macam-macam benda yang betul,”ujarnya.


Anju menyatakan bahawa beliau menerima segala kebenaran mengenai kisah silamnya dan warganet turut memahami sejarahnya yang terdahulu. 


Beliau juga menekankan bahawa dia tidak berpura-pura menjadi baik di media sosial dan hanya menjadi diri sendiri. 


Namun, yang menjadi tanda tanya dalam fikiran Anju adalah sebab bekas tunangnya membenarkan beliau menjaga anak perempuannya, Julia Sharapova.


“Kalau Anju ni penagih, kaki pukul anak, teruk, anda rasa seorang Datuk Seri yang kerja korporat, nak ke bagi jaga anak dia? Cuba fikir logiklah.



“Kalau aku ni kaki bantai, aku teruk, kaki d4dah, awak (netizen) rasa, dia (Khazrul) nak ke bagi Anju jaga anak dia? Kalian sendiri nampak Anju bawa anak dia pergi sana sini, nenek jaga. Cuba fikir logik,”soal Anju.


@selebewviral anju bkn penagih dan kaki pukul anak.. #tiktok #netizen #malaysia #khairulelzey #papa #viraltiktok ♬ original sound - viral sana sini

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen semakin muak dengan sikap pasangan ini yang lebih suka berbalas-balas kenyataan di media sosial daripada menyelesaikannya secara bersemuka dan profesional.





"hahahaha jenuh pakcik tu sbb anju Pon bukan jenis yg diam,semua dia hujah beserta fakta🤣🤣🤣🤣👍👍👍👍anju u r the best😁😁😁" - netizen


"aku suka ayat anju ni "kank aku ckp org xboleh terima" nahh checkmate.bnde btul ni salu mmg pedih nk terima." - netizen


"sokong anju....anju dia tahu smua.tapi dia pilih malas nk balas.tapi bila part dia.. org mcm2 kata.tengok Allah kurniakan hati dia kuat sabar." - netizen

Sumber: TikTok @selebewviral Via OMM

Post a Comment

0 Comments