Ticker

6/recent/ticker-posts

"Kami Nampak Korang Semua Memang Ada Dalam Rumah” – Jiran Arwah Abam Pecah Lobang?

 


Pada jumaat yang lepas, isteri kepada Arwah Abam ada memuat naik satu perkongsian di media sosial kedatangannya bersama dengan peguam ke rumah arwah suaminya itu. 


Namun kedatangannya itu berakhir dengan kekecewaan kerana panggilannya tidak bersahut sehingga memaksa dia pulang dengan hampa.



Disebalik kedatangan Hidayah itu, Ali Puteh tiba-tiba membuat satu siaran langsung mendawak dia terjumap dengan taburan garam kasar, kulit limau dan bangkai mengkarung di luar rumahnya selepas kakak iparnya, Siti Norhidayah pulang dari rumah arwah abangnya.


Memetik perkongsian dari portal ROTIKAYA, Ali mengatakan dia tidak diberitahu tentang kehadiran Hidayah ke rumah tersebut dan berkata bahawa dia tidak berada di rumah kerana sedang bekerja.


Namun, baru-baru ini, adik Hidayah, Mohd Zainuddin, membuka rahsia komen jiran arwah Abam yang memberitahu bahawa ada seseorang yang berada di dalam rumah pada masa tersebut.



Individu tersebut juga mengatakan bahawa dia tidak melihat Hidayah menabur barang yang didakwa sebagai perbuatan syirik di rumah tersebut.


Namun, akaun kedua-dua individu tersebut tidak dapat dikesan setelah memberikan pernyataan tersebut dan tidak dapat dipastikan kebenarannya.


Sebelumnya, Ali dilihat ada memuat naik satu perkongsian meluahkan rasa kecewa apabila pendedahannya itu menjadi bahan sindiran dan jenaka netizen.


Kata Ali lagi, mungkin ada yang menjadikan ianya bahan lawak kerana perkara tersebut tidak berlaku pada diri mereka lagi.


Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments