Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita Dah Ada Keluarga Masing-Masing, Jagalah Keluarga Sendiri, Nasihat Fizo Omar

 


Baru-baru ini kecoh satu artikel di media sosial yang memaparkan sindiran bekas isterinya, Mawar Karim yang memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga, pelakon Fizo Omar berkata dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.


Menerusi artikel dari mStar Online, ketika ditemubual Melodi semalam, Fizo berkata tidak perlu mengungkit kisah lama dan kedua-duanya sudah pun memiliki keluarga sendiri.


"Kita dah ada keluarga masing-masing. Jagalah keluarga sendiri," katanya.



Kata-kata tersebut juga seolah menjawab persoalan ramai tentang status Mawar yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.


Terdahulu meneruis satu hantaran di laman Instagram miliknya, Mawar memberitahu dia kini lebih bahagia apabila ada yang membandingkan kehidupannya dengan Fizo bersama isteri iaitu Fazeera Nazri.


Dia memberi bayangan seolah-olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri Fizo.



"Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu" tulisnya.


Untuk rekod Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.


Mereka kemudian bercerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada 10 Julai 2019.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments