Semalam kecoh di media sosial apabila Harian Metro melaporkan pasangan suami isteri Hafidz Roshdi telah menceraikan talak satu kepada Nurul Shuhada bersaksikan ahli keluarga.
Menerusi laporan terbaru yang ditulis Berita Harian Online, adik Nurul Shuhada yang dikenali sebagai Sofia memaklumkan, pasangan tersebut berdepan masalah rumah tangga sejak tahun lalu selepas kehadiran seorang wanita bernama Athira Yuhada.
Sofia berkata, Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.
"Ya betul, Hafidz dan Shu (Nurul Shuhada) bercerai talak satu melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.
"Sekarang, Shu masih berbincang dengan peguam untuk proses tuntutan dan sebagainya.
"Mungkin akan dapat tarikh perbicaraan, minggu depan," katanya kepada BH Online.
Dalam masa sama, Sofia berkongsi, Nurul Shuhada dan Hafidz berdepan masalah rumah tangga sejak tahun lalu selepas kehadiran wanita yang didakwa menjadi orang ketiga, Athira Yuhada yang mengganggu rumah tangga mereka.
"Jujurnya, konflik bermula sejak tahun lalu. Namun, Athira banyak mempengaruhi Shu dari segi emosi, kacau dan melakukan provokasi sejak akhir ini.
"Hafidz dan Shu tak duduk sebumbung, sejak minggu ini. Sebelum ini, masih boleh tinggal sekali.
"Kita doakan kebenaran untuk Shu dan anak-anaknya. Semoga Athira dan Hafidz diberikan hidayah oleh Allah," katanya.
Isu kemelut rumah tangga Hafidz telah menjadi perhatian ramai apabila isterinya mendedahkan bahawa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kemudian, seorang wanita bernama Athira Yuhada muncul dan mengaku bahawa Hafidz telah mencuba mendekatinya sejak sembilan tahun yang lalu.
Namun, Athira mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada atas segala gangguan yang telah dilakukannya terhadap kebahagiaan rumah tangga mereka.
Walaupun begitu, Nurul Shuhada yang berkongsi di laman Instagramnya menyatakan bahawa dia boleh memaafkan, tetapi tidak akan melupakan apa yang telah berlaku.
Hafidz dan Nurul Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua orang anak, Humairah yang berusia enam tahun dan Umar yang berusia dua tahun.
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
0 Comments