Siapa saja yang tidak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah terkenal tanah air yang sering menghiburkan tetamu yang hadir dengan ceramah agamanya yang diselang seli dengan lawak spontan.
Serata negara sering mengundang penceramah terkenal ini sehinggakan jadualnya penuh hampir setiap hari.
Namun baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan posting yang telah dimuat naik oleh Admin fanpage rasmi UAI yang memaklumkan kuliah Maghrib Perdana yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Febuari 2023 terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor.
Walaupun begitu, kuliah pada tarikh dan masa tersebut akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan, Kuala Lumpur.
Dalam hantaran itu, beliau memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tak dapat menyampaikan kuliah di negeri tersebut.
Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari puluhan ribu followers UAI dan rata-rata antara mereka meluahkan rasa kecewa kerana sudah begitu lama teruja ingin mendengar kuliahnya secara berdepan mata.
Ada juga beberapa netizen yang mempersoalkan tindakan dari JAIS dan kenapa ceramah agama UAI itu terpaksa dibatalkan JAIS.
"insya-Allah semoga Allah permudahkan segala urusan UAI
DILANCARKAN SEGALANYA 🤲🏻🤲🏻🤲🏻" - netizen
"Takpa Ustaz, teruskan dgn rakaman ceramah Ustaz live di medsos, Insyaa'Allah tiap2 hari kami setia mendengar" - netizen
Kredit : FB Ustaz Azhar Idrus
0 Comments