Ticker

6/recent/ticker-posts

Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,, kata Nurul Shuhada

 


Selepas memuat naik gambar wanita bernama Athira Yuhada di TikTok, isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik gambar kenangan bersama suaminya dengan luahan rasa yang menyentuh jiwa.


"Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan," tulisnya.


Beberapa jam selepas itu, Shuhada memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.



"Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin," tulisnya.


Terdahulu, Hafidz memuat naik hantaran gambar dengan keterangan mengenai kesalahan seorang manusia, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.


"Setiap daripada kita manusia melakukan kesalahan. Tapi, ingat. Allah Maha Pengampun. Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat," tulisnya.



Hantaran itu disertakan dengan tanda pagar #selfreminder dan #peringatandirisendiri.


Dalam gambar itu, Hafidz tampil bergaya dengan berkemeja putih serta berseluar hitam, mengangkat jari telunjuknya.


Tidak hanya itu, hantaran itu juga dikongsikan bersama dengan lagu latar Kalah Dalam Menang, nyanyian asal Mawi dan Syamsul Yusof.


Sumber : HARIAN METRO

Post a Comment

0 Comments