Baru-baru ini kecoh di media sosial, apabila pasangan yang sedang hangat bercinta dan baru saja bertunang iaitu Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir di tengah jalan.
Dalam update terbaru di media sosialnya, Zarina Anjoulie mengakui dia belum cukup sempurna dan masih berusaha perlahan-lahan bagi melakukan perubahan ke arah lebih baik.
Luahan berbentuk tulisan itu dikongsi oleh pelakon berusia 36 tahun tersebut menerusi sebuah perkongsian InstaStory, semalam.
Pada masa sama, Anju berharap dia dapat bertemu jodoh dengan individu yang ikhlas menerima dirinya selain meminta ruang bagi mengubat kekecewaan dalam hati.
“Satu hari ada yang boleh terima saya seadanya dengan ikhlas. Biarkan saya mengubat hati dalam ketenangan. Saya sayang anda semua,” katanya.
Sebelum ini bekas tunangnya menerusi satu posting di aplikasi TikTok menjelaskan bahawa dia bukanlah orang yang baik seperti diimpikan pelakon berkenaan dan berharap mereka akan terus bersahabat.
“Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Papa (panggilan dirinya) tak sebaik mana yang mama (panggilan Zarina) impikan. Kita berdua masih ada kekurangan
“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik. Terima kasih atas cinta mama pada papa…
“…hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you mama hereafter,” jelasnya.
Sumber: Instagram Zarina Anjoulie via OMM
0 Comments