Seperti yang ramai netizen sedia maklum, baru-baru ini pasangan selebriti terkenal Fasha Sandha dan suaminya ada memuat naik perkongsian di laman sosialnya yang mereka berdua pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Namun baru beberapa hari pulang dari tanah suci, pernampilan terbaru pelakon cantik itu ditegur oleh netizen.
Baru-baru ini pelakon cantik manis ini ada memuat naik satu perkongsian video di laman sosialnya yang memaparkan dia dan suaminya, Aidil Aziz menari bersama di rumahnya.
Walaupun video itu untuk mempromosikan produk penjagaan rambut namun ia mencetus pelbagai reaksi netizen.
Menerusi perkongsian dari portal Beautifulnara, ramai netizen yang suka melihat kemesraan dan kebahagiaan pasangan ini namun ada sesetengah netizen yang memberi nasihat dan mengkritiknya kerana beberapa perkara yang pada pandangan netizen agak tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.
Seorang individu memberikan komen bahawa tindakan Fasha menari sebegitu dengan suaminya memalukan jika dilihat oleh ibu mertuanya.
Tidak mahu diam, Fasha membalas komen tersebut dan berkata ibu mertuanya tidak membuat penghakiman terhadap orang dan menerima anak dan menantu yang merupakan pelakon dengan seadanya.
Ada pihak yang juga memberikan nasihat kepadanya supaya tidak terlalu memperlihatkan kemesraan bersama suami di media sosial untuk tatapan umum.
Walau bagaimanapun, beberapa netizen lain membela Fasha dan mengecam individu tersebut kerana memberikan komen yang negatif dan menganggap dia cemburu.
Sumber : Beautifulnara
0 Comments