Ticker

6/recent/ticker-posts

Mas Idayu tempelak Nabil Ahmad, tak suka cadangan suruh sertai Gegar Vaganza 10

 


Segmen 3 Pagi Era yang disiarkan pada Selasa telah menimbulkan kontroversi apabila pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad mendapat respons pedas daripada Mas Idayu selepas dia mencadangkan penyanyi tersebut menyertai program Gegar Vaganza musim kesepuluh tahun ini.


Mas Idayu, yang berusia 51 tahun, mengecam soalan yang ditanya oleh Nabil sebagai bodoh kerana ia menghina seseorang artis yang sering menjadi juri tetap dalam pertandingan nyanyian.

"Itu soalan bodoh... bagi mummy itu memang stupid," katanya.


Mas Idayu menjawab soalan itu ketika muncul sebagai tetamu menerusi segmen berkenaan yang turut dikendalikan oleh Azad Jazmin dan Radin.

@era.je Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. 😄 #sharERA #3PAGIERA ♬ original sound - ERA




Dalam pada itu, Mas Idayu berkata, sekiranya pelawaan itu dibuat 12 tahun lalu mungkin masih relevan untuk dia menyertai pertandingan dan akan mempertimbangkan cadangan tersebut.


Pada tahap ini kata penyanyi lagu Cintaku 100% itu, jika seseorang artis sering dipanggil untuk menjadi juri tetap, mereka tidak seharusnya merendahkan taraf artis itu.


"Sebenarnya kalau 12 tahun dulu, boleh sebab belum betul-betul establish sebagai juri tetap.


"Bukan tak ada nama, ada... tetapi mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan dan tak payah sebut Gegar Vaganza, mana-mana program lain pun mummy akan masuk.


"Pada tahap ini, artis yang sudah jadi juri tetap dan sentiasa dipanggil jadi juri rasanya jangan jatuhkan level kami," jelasnya.


Mas Idayu yang dikenali dengan sikap tegas semasa menilai peserta dalam pertandingan nyanyian pernah mencabar oleh netizen untuk menyertai Gegar Vaganza bagi membuktikan bahawa beliau seorang penyanyi yang berkualiti.


Desakan tersebut semakin meningkat apabila baru-baru ini Mas Idayu ditegur oleh netizen kerana memarahi pasangan duo Sissy Imann dan Naim Daniel dalam program Famili Duo.


Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments