Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen Dedah Khai Bahar Suka Mainkan Hati Wanita, Lepas Tabur Janji Hilang Entah Kemana?

 


Kontroversi timbul di platform media sosial Twitter semalam setelah seorang individu mengungkapkan tuduhan bahawa penyanyi dan pelakon Khai Bahar telah memainkan perasaan seorang wanita.


Individu tersebut mengeluarkan dakwaan tersebut sebagai respons kepada tweet Khai Bahar yang membincangkan isu cinta dan hubungan.



"Pandai la kau berkata-kata. Dulu kau buat kawan aku macam mana? Bertahun-tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau taknak kau blah macam tu je. Alasan sebab malu. GiIa."


Individu itu juga meminta agar Khai Bahar untuk tampil memohon maaf kepada rakannya itu kerana telah ‘menghilang’ setelah menabur pelbagai janji manis.





Aku nak pesan satu je. Tolong ye minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macam tu sampai kesudah. Berjanji itu ini pastu kau hilang menyepi.


Menelusuri ruang komen, kebanyakan netizen tidak menyangka gossip seperti itu dikaitkan dengan penyanyi lagu Luluh itu kerana Khai sering dilihat sebagai salah seorang artis yang bebas daripada sebarang kontroversi murahan.





SUMBER : BEAUTIFULNARA

Post a Comment

0 Comments