Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen kagum lihat ketenangan Hafidz Roshdi seolah-olah tidak ada apa-apa masalah

 


"Kononnya dia terpaling tenang."


Ini adalah salah satu komen daripada warganet mengenai gambar terbaru Hafidz Roshdi di Instagram yang kelihatan tidak terlalu terkesan setelah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 tahun, melalui talak satu dengan keluarga mereka sebagai saksi.


Melalui gambar yang dimuat naik dengan latar belakang pantai, Hafidz hanya meletakkan emoji cinta pada bahagian kapsyen.


Lebih mengejutkan lagi, bapa kepada dua anak itu tidak menutup bahagian komen, dan menjadi sasaran netizen yang kebanyakan tidak menyokong tindakannya. Warganet rata-rata menyuarakan rasa marah dan kecewa terhadap sikap Hafidz yang kelihatan seperti biasa walaupun menghadapi masalah dalam rumah tangga.



"Kuat betul orang bernama Hafidz Roshdi ini. Netizen kutuk macam mana pun dia tetap tidak menutup ruangan komen," tulis seorang netizen.


"Sakit ke bang? Lain macam," komen seorang warganet.


"Selalu kalau kes macam ini orang itu akan diam dulu, tapi ini lain macam dia rajin pula muat naik," tulis seorang netizen.



"Dia buat macam tiada apa-apa eh," kata seorang pengguna akaun.


Sebelum ini, Nurul Shuhada telah mengesahkan bahawa hubungannya dengan Hafidz sudah berakhir dan dia akan mengajukan permohonan pengesahan perceraian pada 1 Mac ini.


Hafidz dan Nurul Shuhada telah berkahwin pada 30 April 2016 dan dari perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 6 tahun; dan Umar, 2 tahun.


SUMBER : HARIAN METRO

Post a Comment

0 Comments