Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang ramai tidak perlu bawa lesen memandu fizikal lagi selepas ini, kata Ketua Pengarah JPJ

 


Penafian : Gambar dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Orang ramai tidak lagi perlu membawa lesen memandu fizikal kerana dokumen berkenaan boleh diperoleh secara dalam talian menerusi sebuah aplikasi khas.


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim, berkata aplikasi berkenaan sudah siap dibangunkan JPJ dan sedang menunggu 'lampu hijau' daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk pelaksanaannya.


Difahamkan, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi telefon pintar dan ia memaparkan lesen pemandu secara digital.



Menerusi langkah pendigitalan ini juga, pihak penguat kuasa seperti anggota polis dan JPJ akan dibekalkan dengan peranti khas, untuk melakukan melakukan pemeriksaan atau semakan ke atas lesen memandu digital ini.


Peranti khas itu akan mengimbas kod bar yang tertera pada lesen memandu digital berkenaan, yang dapat menentusahkan sama ada lesen memandu digital berkenaan tulen atau sebaliknya


Ditanya bila aplikasi berkenaan akan dilancarkan, Zailani berkata, hal itu akan dimaklumkan sendiri oleh Menteri, dijangka hari ini.



"Tunggu esok (hari ini), YBM (Yang Berhormat Menteri) akan adakan sesi sidang media," katanya kepada BH.


Mengenai perancangan JPJ seterusnya, BH difahamkan, dokumen seperti cukai jalan juga boleh diakses dan dipapar secara digital menerusi aplikasi berkenaan.


Sumber : Berita Harian Online

Post a Comment

0 Comments