Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh media sosial terkenal di Indonesia, Gita Savitri mendakwa wanita yang sudah berkahwin dan memilih untuk tidak memiliki anak akan menjadi awet muda.
Pendapatnya itu telah menarik jutaan netizen yang masing-masing memberikan pandangan tersendiri.
Giva Savitri memberikan pendapat itu lantaran, Wanita yang tidak mempunyai anak tidak perlu menerima gangguan yang sama seperti ibu rumah tangga lain. Mereka termasuk boleh tidur dengan baik selama 8 jam tanpa terganggu oleh teriakan kanak-kanak di rumah.
Gita mengatakan hal itu apabila membalas komen dari seorang pengikut yang mengatakan ingin tetap awet muda meskipun sudah berusia 30 tahun.
“Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah usia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” kata pengikutnya.
Gita kemudian dilihat membalas: “Tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi awet muda.
“Anda boleh tidur lapan jam sehari dan tidak tertekan mendengar jeritan anak. Dan pada saat wajah berkedut, kita punya duit untuk melakukan botoks.”
Influencer berusia 30 tahun itu kemudiannya membalas dengan menyatakan tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi untuk kekal awet muda.
Kita boleh tidur 8 jam sehari dan tak tertekan dengar jeritan anak. Kalau muka berkedut, kita ada duit nak buat botoks.
Bukan itu sahaja, Gita turut menyifatkan kehadiran anak sebagai satu beban bagi dirinya dan menganggap tidak ada salahnya jika seseoang itu tidak mahukan anak.
Bagi saya, anak itu beban, sebab itu saya tak nak ada anak.
Bagaimanapun, kenyataan pempengaruh itu telah mengundang kemarahan netizen Indonesia kerana menganggap dia seolah-olah menyindir wanita yang sudah berkahwin dan menjadi ibu.
Malah, netizen turut menyifatkan Gita sebagai seorang yang sombong dengan pemberian Tuhan memandangkan anak merupakan anugerah Illahi.
Sumber : BEAUTIFULNARA
0 Comments