Kebanyakan orang merasakan bahwa keberanian warga asing untuk memandu dan menunggang kenderaan tanpa lesen adalah tindakan yang melampau. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini boleh menimbulkan masalah besar bagi masyarakat.
Mereka tidak takut melanggar peraturan yang ada, tindakan yang merugikan undang-undang oleh warga asing ini boleh menimbulkan pelbagai masalah.
Apa tidaknya, bukan sahaja menyebabkan mangsa kemalangan sukar membuat tuntutan insurans kerana warga asing tidak mempunyai lesen memandu, malah ia juga membuka ruang kepada permasalahan sosial apabila wujudnya perbuatan merasuah.
Mengetahui diri mereka bersalah kerana tidak memiliki lesen memandu, warga asing sanggup memberi sejumlah wang kepada mangsa kemalangan sebagai usaha agar kemalangan berlaku tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Seorang pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Hazwan, 32, berkata, dia terlibat dengan kemalangan dengan seorang warga asing yang melanggar kenderaannya dari belakang baru-baru ini.
Jelasnya, warga asing berkenaan mahu menyelesaikan kemalangan itu ‘secara tepi’ dengan membayar sejumlah wang biarpun kos sebenar membaiki kerosakan adalah lebih tinggi.
Namun begitu katanya, perkara itu tidak dapat diselesaikan kerana kemalangan tersebut turut melibatkan beberapa buah kenderaan lain.
“Apabila banyak kenderaan terlibat, ia sukar diselesaikan ‘secara tepi’ dan laporan polis perlu dilakukan untuk tuntutan insurans.
“Situasi menjadi agak sukar kerana warga asing tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan ia memberi kesan kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan ini,” katanya.
Kesan kemaIangan membabitkan warga asing seumpama itu juga akan menjadi lebih besar seandainya mangsa ced4ra parah atau maaut.
Sumber : Sinar Harian
0 Comments