Ticker

6/recent/ticker-posts

Persembahan bertenaga Marsha Milan dapat 'standing ovation' penonton

 


Persembahan Marsha Milan menerusi lagu Kembali Terang sebagai peserta kedua Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) mendapat tepukan bergemuruh daripada penonton yang hadir di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam ini.


 Naib juara AJL36 menerusi lagu Cinta ini memberikan persembahan meyakinkan mengulangi kehebatannya mengalunkan lagu bernada tinggi dalam program yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan strim Tonton ini.




  Sebaik selesai persembahan, penonton dilihat berdiri sebagai tanda 'standing ovation' terhadap persembahan hebat ini. 

  Tahun lalu juga menyaksikan Marsha berjaya meraih Kategori Persembahan Terbaik sekali gus berjaya meraih RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence..Cantik dengan NOIR berserta trofi. 



Sebanyak 12 finalis AJL37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments