Ticker

6/recent/ticker-posts

Puteri Sarah cakap cerai isteri melalui telefon itu tindakan lelaki pengecut

 


Melalui perkongsian video TikTok Remaja, pelakon Puteri Sarah memberikan pendapatnya tentang penggunaan lafaz cerai oleh suami terhadap pasangan melalui panggilan telefon.


Puteri Sarah menyifatkan tindakan lelaki menceraikan isteri melalui telefon adalah tidak bermaruah dan pengecut.



Menurut Puteri Sarah, seorang lelaki yang mengambil wanita itu secara baik untuk berkahwin seharusnya memulangkan dengan cara yang baik dan mengikut prosedur yang betul jika ingin bercerai.


@remaja.my Demikian pendapat pelakon, #PuteriSarahLiyana apabila #Remaja bertanyakan mengenai perbuatan sesetengah lelaki yang memutuskan hubungan dengan pasangan mereka menerusi panggilan telefon atau menerusi mesej. What we can say is, #TaylorSwift was right all along.. 🤷🏻‍♀️ Lelaki seperti ini wujud! #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #artismalaysia #selebritimalaysia #trending #fyp #fypage ♬ The Heart Wants What It Wants - Selena Gomez



“Saya rasa itu adalah tindakan yang pengecut. Sepatutnya kalau awak ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik. Jangan nak guna WhatsApp, nak guna telefon untuk berbuat demikian.


“Itu adalah tindakan seorang lelaki yang tidak bermaruah. Pulangkan secara baik lah. Ikut prosedur yang sepatutnya,” katanya.


Kata Puteri Sarah lagi, jangan terlalu mengikut emosi sehingga menjatuhkan maruah pasangan sebaliknya guna cara yang betul.



“Marah macam mana pun, buat dengan cara yang betul. Jangan nak ikut marah kau lepas itu terus bertindak.


“Kesian. Kita sebagai wanita akan rasa macam kita ni tak bermaruah tau bila buat macam tu. Bila kau tak suka dengan kita, kau buat macam tu pulak. That is not the way,”katanya.


SUMBER : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments